Pada hari pertama kelas, kami diterangkan tentang beberapa peraturan dan etika semasa berada di ladang oleh Pn.Salina, En. Abang, En.Faris dan Dr.Husna. Selain itu, kami juga turut diberi taklimat tentang apakah subjek atau perkara yang kami lakukan semasa satu semester ini.
Selepas selesai sesi taklimat, kami dibahagikan kepada kumpulan untuk tugasan-tugasan tertentu.
Membersihkan kawasan tempat semaian
Memotong kayu (12x5) sebagai kotak bagi medium semaian
Mengukur sepadan antara setiap kotak semaian dengan kotak yang lain
Kami juga turut cara untuk menggembur tanah menggunakan kabota mini.
- Tanah perlu dicangkul terlebih dahulu - bagi tujuan untuk menyenangkan kabota mencengkam tanah dan menggembur tanah dengan lebih mudah.
Menggunakan agak mencabar pada awalnya tetapi apabila beberapa ketika ia menjadi lebih mudah untuk dikendali. Ia hanya memerlukan cara yang betul. Dengan cara itu, tidak banyak tenaga dibazirkan untuk tujuan menggembur tanah.
Selepas itu, kami membuat mengikut tugasan yang dibahagikan dan mula membersihkan kotak semaian masing-masing. Kelas tamat pada pukul 5. Kami mula membersihakan alatan yang digunakan. Ia merupakan hari yang memenatkan bagi kami tetapi ia satu pengalaman seta pembelajaran yang boleh dipraktikkan dalam kehiupan seharian.
Sampai sini dahulu alkisah cerita ladang-cikgu-kh ini. Harap memberi serba sedikit manfaat kepada semua. Saya akan sambung kisah ini di lain hari kelas. bye bYE.