Monday, 23 October 2017

MiNGGU KE 3

Assalamualaikum,
Bersyukur  kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya kumpulan Ladang Hijau Cikgu Kemahiran Hidup berpeluang mempelajari kaedah menghasilkan baja organik daripada bahan semula jadi dan memindahkan hasil semaian  biji bernih ke atas batas. Hasil pembelajaran pada mingggu ketiga, kami sekumpulan berbesar hati untuk berkongsi ilmu yang diperolehi untuk kehidupan bersama.

1) PENGHASILAN BAJA ORGANIK
            Baja organik merupakan baja semula jadi yang terhasil daripada bahan-bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan. Antara baja organik yang dihasilkan termasuklah perut  dan kepala ikan, kulit telur, sayur- sayuran, serta buah-buahan. Bahan-bahan ini dijadikan baja organik kerana mempunyai kelebihan yang tersendiri.
  •         Perut dan kepala ikan - mengandungi asid
  •         Kulit telur - mengandungi kalsium, phosphorous
  •         Sayur-sayuran – mengandungi vitamin
  •       Buah – buahan 

     kulit pisang - mengandungi kalsium, phosphorous, potassium
     Jambu air dan mangga – mengandungi glukos dan vitamin
A)  BAJA ORGANIK  (PERUT DAN KEPALA IKAN)
Bahan-bahan yang perlu disediakan :
ü  Ikan
ü  Gula merah
ü  Balang
ü  Kain putih

Langkah-langkah penyediaan
1.     Perut dan kepala ikan dicincang sehingga hancur.
2.     Masukkan 1 senduk perut dan kepala ikan yang telah dicincang bersamaan 1 senduk gula merah ke dalam balang. Kemudian, alaskan kain putih  dibawah penutup balang.
3.     Balang tersebut diperam selama seminggu pada suhu bilik.
4.     Selepas 7 hari, bahan-bahan yang dikisar ditapis untuk membuang keladak.
5.     Masukkan pati ke dalam botol.




                       
B) BAJA ORGANIK  (KULIT TELUR)
            Bahan-bahan yang perlu disediakan :
ü  Kulit  telur
ü  Cuka
ü  Balang
ü  Kain putih
            Langkah-langkah penyediaan
1.     Hancurkan kulit telur dengan menggunakan tangan.
2.     Gongcangkan balang tersebut supaya kulit telur dan cuka sebati. Kemudian, alaskan kain putih  dibawah penutup balang.
3.     Balang tersebut diperam selama seminggu pada suhu bilik.
4.     Selepas 7 hari, batian ditapis untuk membuang keladak.
5.     Masukkan pati ke dalam botol.



           
  
C)  BAJA ORGANIK  (SAYUR-SAYURAN)
            Bahan-ahan yang perlu disediakan :
ü  Sayuran (ulam raja, kobis,sawi, salad, batang kangkung lain-lain sayur)
ü  Gula merah
ü  Air
ü  Pengisar
ü  Balang
ü  Kain putih

            Langkah-langkah penyediaan
1.     Potong  sayur-sayuran secara kecil-kecilan. Sayuran yang dipotong  tadi dicampurkan sedikit air untuk dikisar.
2.     Masukkan 1 senduk sayuran yang telah dikisar bersamaan 1 senduk gula merah ke dalam balang. Kemudian, alaskan kain putih  dibawah penutup balang.
3.     Balang tersebut diperam selama seminggu pada suhu bilik.
4.     Selepas 7 hari, kisaran sayur-sayuran ditapis untuk membuang keladak.
5.     Masukkan pati ke dalam botol.






           
          
D) BAJA ORGANIK  (BUAH-BUAHAN)
            Bahan –bahan yang perlu disediakan :
ü  Buahan (jambu air, kulit pisang, mangga, dan lain-lain buah)
ü  Gula merah
ü  Air
ü  pengisar
ü  Balang
ü  Kain putih
            Langkah-langkah penyediaan
1.     Potong buah-buahan secara kecil-kecilan. Buahan yang dipotong tadi dicampurkan sedikit air untuk dikisar.
2.     Masukkan 1 senduk buahan yang telah dikisar bersamaan 1 senduk gula merah ke dalam balang. Kemudian, alaskan kain putih  dibawah penutup balang.
3.     Balang tersebut diperam selama seminggu pada suhu bilik.           
4.     Selepas 7 hari, kisaran buah-buahan bahan yang dkisar ditapis untuk membuang keladak.    
5.     Masukkan pati ke dalam botol.         





Nota tambahan
            Kandungan gula merah
               1) Sumber tenaga utama dalam pengolahan gula.
               2) Mengandungi 25 % - 40% sukrosa, kandungan abu berkisar antara 8%-10% yang     terdiri dari k, Ca, CL dan garam sulfat.
            Kelebihan gula merah
               1) Mengandungi zat-zat yang mudah bertindakbalas dengan bahan yang diperam.
               2) Berfungsi sebagai makanan kepada bakteriadalam bahan peraman.
               3) Menghasilkan baja yang tahan lama.

                                                                                                                  
2) PERMINDAHAN ANAK BENIH KE ATAS BATAS
            Tip - tip  pemindahan anak benih

ü  Sediakan batas terlebih dahulu.
ü  Gempurkan tanah semula dengan menggunakan cangkul dan ratakan tanah.
ü  Cangkul sekeliling kotak batas bagi mengelakkan air bertakung.
ü  Buatkan lubang sedalam 1 inci.
ü  Sebelum proses pemindahan, anak benih disiram terlebih dahulu bagi  memastikan akarnya tidak terlerai apabila ditarik.
ü  Pemindahan anak benih ke batas sebaik-baiknya dilakukan pada awal pagi (6.00 pagi hingga 9.00 pagi) dan lewat petang (5.00 petang hingga 7.00 petang) supaya anak benih tidak layu.
ü  Anak benih ditanam secara memanjang mengikut jarak  5 inci antara satu sama lain  untuk mengelakkan persaingan akar anak benih.     

Nota tambahan
v  Sistem pengasingan – tumbuhan yang terbantut dibuang
v  Pasir – menjarakkan antara tumbuhan dengan anak benih
v  Lubang – jarak antara satu lubang dungan lubang yang lain untuk menanam anak benih paling minima adalah 2 inci.


3) SUNGKUPAN
             Sungkupan merupakan proses memasang plastik atau jaring hitam, pelepah yang kering di atas tanaman. Proses ini bertujuan untuk mengelakkan cahaya matahari daripada terus memancar anak benih di samping permukaan tanah tidak mudah panas. Jika tanaman telah berusia seminggu, sungkupan boleh ditanggalkan kerana anak benih mampu untuk berdikari.




MINGGU KE 2

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog kamiJ.. kami akan menyambung perkongsian ilmu  yang telah kami pelajari.

Batas adalah kawasan tanaman supaya tanaman tidak terkeluar dari kawasan yang telah ditetapkan
          -supaya air tidak bertakung dan akan merosakkan tanaman.

Cara-cara membina batas:

  1. Merumput ,pembersihan rumpai


*rumpai adalah benda asing/tidakdiperlukan dalam batas tanaman
  Contoh: semasa menanam sayur sawi, tumbuhan lain  yang tumbuh akan dibuang dan dianggap          sebagai rumpai, walaupun tumbuhan itu pokok lada.
  • batas mestilah bersih daripada rumpai.Sekiranya masih terdapat rumpai/ rumput, ianya akan menganggu proses pertumbuhan anak pokok.


 2.  Mengembur tanah pada batas

  • Selepas merumput, proses seterusnya adalah mengemburkan tanah pada batas terlebih dahulu sebelum menanam anak pokok.
  • Ini kerana akar anak pokok akan lebih mudah untuk tubuh dan membantu pertumbuhan anak pokok. Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, anak pokok akan rosak dan akan mati.
Contoh pengemburan tanah menggunakan kabota


1     3. Membuat longkang kecil
  • Selepas proses mengemburkan selesai, kita perlu membuat longkang kecil di sekeliling batas.

Tujuan: untuk memudahkan papan yang akan diletakkan di sekeliling batas dapat ditegakkan dengan lebih mudah.
  • papan yang akan ditegakkan perlulah ditanam suku daripada lebar kayu yang digunakan untuk mengepung batas.

Tujuan papan :tujuan papan ini digunakan bagi mengekalkan tanah pada batas supaya tidak hilang/ ketepi. Selain itu, memudahkan proses membuat batas dan mengurangkan tenaga untuk mencangkul.


1   4.  Ketebalan tanah pada batas
  • proses ini adalah untuk memastikan ketebalan tanah pada batas melebihi tanah pada luar batas.

Tujuan: mengelakkan anak pokok terjejas akibat air hujan.

Contoh tanah didalam kawasan batas dilihat lebih tinggi



Setelah selesai membuat batas yang betul.Seterusnya kita akan menyediakan semaian tanaman.

Cara-cara membuat semaian
1    
      1. Menyediakan peralatan&bahan semaian yang diperlukan
a.       Bekas semaian/tray
b.      Medium semaian: peat moist
   - Medium ini sangat halus/lembut/tidakberbau
   - Medium ini mengandungikeperluan yang diperlukan oleh anak        benih.
c.       Biji benih:  a) water spinach (kangkong)
         b)dwarf pak choy (sawi jepun)
         c)green amaranth pointed leaf (bayam) 
contoh salah satu jenis biji benih yang digunakan iaitu timun




1     2. Setelah bahan yang diperlukan tersedia, proses seterusnya adalah menyemai biji benih.

  A)      Letakkan medium semaian ke dalam ke dalam tray
    - jangan terlalu penuh dan mampat

              B)    Membuat lubang kecil pada medium semaian
                      -boleh menggunakan kayu kecil atau jari.Lubang ini dibuat kerana untuk                                      memasukkan biji benih

              C)   Memasukkan biji benih ke dalam lubang
                      - jangan terlalu banyak kerana anak benih yang akan tumbuh nanti akan                                         bersaing.

              D)   Taburkan satu lapisan peat moist
         -proses ini bagi menutupi biji benih yang baru ditanam.

  E)    Sentiasa memastikan medium semaian kekal lembap
         -sekiranya kering, biji benih sukar untuk tumbuh dan berkemungkinan akan mati.


*sekiranya bijibenih terlalu halus (contoh: sawi)
Bahan tambahan :pasir
Fungsi pasir: pasir digunakan semasa proses C .Bagi menjarakkan anak pokok untuk tumbuh.
Kadar/ nisbah
bijibenih  :   pasir   (1:1

contoh anak benih dalam proses percambahan