Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada pembaca
blog kamiJ.. kami akan menyambung perkongsian ilmu yang telah kami pelajari.
Batas
adalah kawasan tanaman supaya tanaman tidak terkeluar
dari kawasan yang telah ditetapkan
-supaya air tidak bertakung dan akan merosakkan tanaman.
Cara-cara membina batas:
*rumpai adalah benda asing/tidakdiperlukan
dalam batas tanaman
Contoh: semasa menanam sayur sawi,
tumbuhan lain yang tumbuh akan dibuang dan
dianggap sebagai rumpai, walaupun tumbuhan itu pokok lada.
- batas mestilah bersih daripada rumpai.Sekiranya masih terdapat rumpai/ rumput, ianya akan menganggu proses pertumbuhan anak pokok.
- Selepas merumput, proses seterusnya adalah mengemburkan tanah pada batas terlebih dahulu sebelum menanam anak pokok.
- Ini kerana akar anak pokok akan lebih mudah untuk tubuh dan membantu pertumbuhan anak pokok. Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, anak pokok akan rosak dan akan mati.
Contoh pengemburan tanah menggunakan kabota
1 3. Membuat longkang kecil
- Selepas proses mengemburkan selesai, kita perlu membuat longkang kecil di sekeliling batas.
Tujuan: untuk memudahkan papan yang akan
diletakkan di sekeliling batas dapat ditegakkan dengan lebih mudah.
- papan yang akan ditegakkan perlulah ditanam suku daripada lebar kayu yang digunakan untuk mengepung batas.
Tujuan papan :tujuan papan ini digunakan bagi mengekalkan tanah pada
batas supaya tidak hilang/ ketepi. Selain itu, memudahkan proses membuat batas dan
mengurangkan tenaga untuk mencangkul.
1 4. Ketebalan tanah pada batas
- proses ini adalah untuk memastikan ketebalan tanah pada batas melebihi tanah pada luar batas.
Tujuan: mengelakkan anak pokok terjejas
akibat air hujan.
Contoh tanah didalam kawasan batas dilihat lebih tinggi
Setelah
selesai membuat batas yang betul.Seterusnya kita akan menyediakan semaian tanaman.
Cara-cara
membuat semaian
1
1. Menyediakan peralatan&bahan
semaian yang diperlukan
a. Bekas semaian/tray
b. Medium semaian: peat moist
- Medium ini sangat
halus/lembut/tidakberbau
- Medium ini mengandungikeperluan
yang diperlukan oleh anak benih.
c. Biji benih: a) water spinach (kangkong)
b)dwarf pak choy (sawi jepun)
1 2. Setelah bahan yang diperlukan tersedia, proses seterusnya adalah menyemai
biji benih.
A) Letakkan medium semaian ke
dalam ke dalam tray
- jangan
terlalu penuh dan mampat
B) Membuat lubang kecil pada
medium semaian
-boleh menggunakan
kayu kecil atau jari.Lubang ini dibuat kerana untuk memasukkan biji benih
C) Memasukkan biji benih ke dalam lubang
- jangan terlalu banyak kerana anak benih
yang akan tumbuh nanti akan bersaing.
D) Taburkan satu lapisan peat moist
-proses ini bagi menutupi biji benih
yang baru ditanam.
E) Sentiasa memastikan medium semaian kekal lembap
-sekiranya kering, biji benih sukar untuk
tumbuh dan berkemungkinan akan mati.
*sekiranya bijibenih terlalu halus (contoh: sawi)
Bahan tambahan :pasir
Fungsi pasir: pasir digunakan semasa proses C .Bagi menjarakkan
anak pokok untuk tumbuh.
Kadar/ nisbah
No comments:
Post a Comment