Sunday, 12 November 2017

MINGGU KE 9

 Assalamualaikum  dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH


 Pada minggu ini kami  ingin menceritan kaedah pembiakan tampang secara semulajadi.  Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Fokus kami pada hari ini ialah kaedah pembiakan tampang secara semulajadi melalui beberapa cara iaitu melalui Batang Rayap, Bebawang, Rizom, dan juga Umbisi. Selain itu, kami juga turut didedahkan tentang penanaman secara rumpun. Contoh seperti Serai,Pandan dan lain-lain.

Batang Rayap :
  • Batang rayap atau stolon adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan.
  • Batang rayap adalah batang yang tumbuh menjalar atau mengufuk di permukaan tanah.
  • Ia mempunyai buku dan ruas. Pada bukunya tumbuh tunas dan akar yang akan berkembang membentuk anak pokok yang baru. Akhirnya batang rayap ini akan hancur mereput dan meninggalkan anak pokok ini terasing daripada induknya. 


     Contoh; pegaga, strawberry, labu

Image result for pegaga

PEGAGA

Image result for STRAWBERY

STRAWBERI


Umbisi :
  • Umbisi terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan. Batangnya sentiasa berada di permukaan tanah. Daripada batang, dengan tumbuhlah daunnya.
  • Umbisi yang baru tumbuh di atas umbisi yang lama dan tunas akan tumbuh di tepinya.


      Contoh ; Kentang, Keledek, Keladi ,Sengkuang.

Image result for UBI KELEDEK

UBI KELEDEK

Image result for sengkuang

SENGKUANG


Bebawang
  • Bebawang mempunyai batang yang pendek, biasanya batang itu dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan daun bernabu. Di celah-celah antara daun bernabu dan batang tumbuh tunas yang dikenali sebagai tunas aksil.
  • Tunas aksil akan membentuk bebawang yang baru.


       Contoh; bawang ,Spider lily, Pokok bunga tulip


BAWANG MERAH/BAWANG PUTIH/BAWANG BESAR

Image result for pokok bunga tulip

POKOK BUNGA TULIP

Rizom
  • Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun.


     Contoh; Kunyit, Halia, asparagus,teratai, Lengkuas, Kecur.

Image result for halia

HALIA

Image result for kunyit

KUNYIT


Untuk pembiakan tampang secara semulajadi, kita tidak memerlukan penggalak akar untuk mempercepatkan proses pembiakan akar. Ini kerana akar tersebut secara semulajadi telah mempunyai makanan untuk pembiakan akar.

Penanaman secara rumpun :

Contohnya seperti serai :


Image result for serai

  • Ianya adalah tanaman yang mudah tumbuh, tidak memerlukan penjagan yang rapi serta boleh ditanam dikebanyakkan jenis tanah kecuali di kawasan berpaya atau berair. 
  • Tumbuhan ini akan mengeluarkan rumpun daun yang banyak dan lebat daripada rizom yang padat. 
  • Ketinggian serai boleh mencapai sehingga 1.0 hingga 1.5 meter tinggi.


Langkah-langkah penanaman :


1. Ambil pasu/bekas/polibeg dan isikan tanah pada paras yang dikehendaki.


Image result for pasu plastik



2. Potong bahagian tanaman untuk dijadikan sebagai induk bagi menghasilkan anak pokok yang baru dan tidak perlu celupkan mana-mana bahagian  pada penggalak akar .


         


3.Tanam bahagian tanaman itu didalam pasu/bekas yang telah disi tanah seperti gambar dibawah. Bersesuaian dengan jenis tanaman, kita perlu menenggelamkan akar/sebahagian bahagian pokok tersebut ke dalam tanah. 



4. Letakkan tanaman itu di kawasan rumah hijau dan siram air secukupnya.




Diharapkan banyak maklumat yang dapat kami kongsikan pada minggu ini . Semoga semua pembaca dapat memanfaatkan pembelajaran kita pada hari ini. Sebarang  pertanyaan, boleh komen diruangan yang disediakan. Terima kasih kerana membaca.





MINGGU KE 8

Assalamualaikum  dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH

Pada minggu ke-8 , kami telah pelajari tentang ilmu yang agak baru bagi kami dan telah terkenal dalam kalangan pengamal pertanian. Dalam perjumpaan kami ini, telah mendapat penerangan berkaitan tentang NUTRIPOD. 

NUTRIPOT ini boleh disimpulkan sebagai cara penanaman menggunakan air ,sabut kelapa dan sumbuh. Antara kebaikan menggunakan kaedah ini adalah tidak perlu menjaga dengan teliti dan tidak perlu menyiram sentiasa. 

Hal ini kerana bekalan air dihantar melalui sumbuh yang telah diserap ke sabut kelapa. Kandungan air mempunyai kandungan baja A & baja B
Kandungan: baja A – kalsium nitrat, NH4
        Baja B -  potasium nitrat, sulfat, monopospet

Bahan-bahan yang digunakan: 
a. Botol air 5 liter (bekas)
b. Span (ejan penyerapan)
c. Cocopit (medium tanaman)
d. Baja A dan Baja B


Langkah-langkah: 

Dalam proses ini kami telah menggunakan botol air (5liter) sebagai bekas. 




1.Potong bahagian atas botol dan spray dengan warna hitam. Seterusnya spray bahagian bawah dengan warna putih. Spray ini bertujuan untuk mengelakkan pertumbuhan lumut didalam air. Sebelum spray, buat empat lubang pada bahagian atas botol.


 




2.Setelah kering, masukkan sumbuh kedalam lubang yang telah dibuat dengan betul. Sumbuh diperlukan bagi membenarkan air diserap ke bahagian tanah.


3.Masukkan sabut kelapa kedalam bekas yang telah di spray hitam.




4.Masukkan air bersih kedalam bekas yang telah di spray berwarna putih.
Seterusnya masukkan baja A dan kacaw air sehingga baja larut. Selepas itu, masukkan baja B dan kacau sehingga sebati.




 * peringatan 
Baja tidak boleh di campurkan atau dimasukkan serentak.

5.Dengan menggunakan biji benih bayam, kami menggunakan nisbah biji benih 1:10 pasir. Seterusnya tabur kepermukaan cocopit.



6.Letakkan dan susun nutripod tersebut didalam kawasan rumah hijau dan tidak perlu disera kerana sudah mempunyai sumber nutrient dan air yang mncukupi.



Setakat ini sahaja perkongsian ilmu kita pada minggu ini, diharap semua pembaca blog kami dapat mencubanya di rumah dan jangan lupa 'SHARE' blog kami. Sehingga kita berjumpa lagi pada minggu hadapan. Terima kasih.


MINGGU KE 7

               Assalamualaikum  dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH


          Pada 2 minggu yang lalu, kami telah kongsi tentang cara cara pembiakan tampang atau keratan batang. Sambungan pada pembelajaran minggu lepas, kami jug turut didedahkan tentang pembiakan keratan daun. Seperti bunyinya, pembiakan ini semestinya menggunakan daun sebagai ejen untuk membiakkan sesuatu spesies tumbuhan itu. HANYA sesetengah tanaman/spesies tumbuhan sahaja yang boleh membiak secara keratan daun.

Antara bahan/peralatan yang diperlukan ialah :




  • 1     Median tanaman (tanah,peat moss)
  • 2     poly beg
  •     keratan daun 
  • 4    sudip tangan

Contoh tanaman yang boleh digunakan secara keratan daun :

Pokok Lidah Jin


Related image


Pokok Lidah Mak Mertua

Image result for pokok lidah jin


Pokok Setawar/ Tapak Itik

Image result for pokok setawar


Pokok Jambu Air

Image result for pokok jambu air


Kaedah penanaman keratan batang dan keratan daun adalah lebih kurang sama sahaja. Tetapi untuk memberi maklumat dan kemudahan kepada pembaca, kami akan menerangkan langkah-langkah penanaman menggunakan keratan daun.

Langkah-langkahnya ialah :


1. Ambil polibeg dan lipat pada dasar supaya lebih stabil dan bahagian atas untuk menyukat tanah dan isikan tanah pada paras yang dikehendaki.




2. Potong daun untuk dijadikan sebagai keratan dan celupkan bahagian daun pada penggalak akar untuk mempercepatkan proses pengakaran.



         


3.Tanam keratan daun itu didalam polibeg yang telah disi tanah seperti gambar dibawah.




4. Letakkan tanaman itu di kawasan rumah hijau dan siram air secukupnya.




Pengkongsian maklumat kita pada minggu ini setakat disini sahaja. Semoga semua pembaca dapat memanfaatkan pembelajaran kita pada hari ini. Sebarang  pertanyaan, boleh komen diruangan yang disediakan. Terima kasih kerana membaca.






MINGGU KE 6

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH

     Pada minggu ini, kami diberi tugasan untuk membuat video penerangan secara ringkas apa itu fotosintesis, transpirasi dan osmosis. Diharapkan semua boleh mendapat sedikit ilmu dari perkongsian ini.Terima kasih.


FOTOSINTESIS

 Fotosintesis adalah proses di mana tanaman dan beberapa organisme menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan karbon dioksida, air dan tenaga dari sinar matahari.



TRANSPIRASI

Transpirasi adalah proses adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air. Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkannya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.


OSMOSIS

osmosis pada tumbuhan berikutnya ialah penyerapan air serta mineral yang ada di dalam tanah oleh akar pohon atau tumbuhan lainnya. Fungsi dari akar ialah sebagai penyerap serta penyimpan mineral dari dalam tanah. Tumbuhan akan memperoleh bahan makanan dari akarnya. Akar ini juga akan menyerap air yang berasal dari lingkungan di sekitarnya. Proses ini termasuk contoh dari osmosis pada tumbuhan. Akar menyerap mineral pula bersamaan dengan air yang diserapnya dari dalam tanah. Air akan masuk ke dalam akar dengan terlebih dahulu melewati rambut-rambut akar. Rambut akar juga akan meningkatkan luas dari permukaan akar serta meningkatkan jumlah air yang diambil oleh tumbuhan tersebut. Air masuk terutama kerana perbezaan pada konsentrasi air serta masuk melewati beberapa bagian dari akar, di antaranya ialah epidermis, korteks, perisikel, endodermis dan xylem. Penyerapan air serta mineral ini terjadi dari adanya perbezaan tekanan dari sel akar serta air tanah.



Friday, 10 November 2017

MINGGU KE 5

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH

Minggu ini merupakan minggu ke-5 dalam proses pembelajaran kami untuk menambah ilmu akan cara untuk bertani dan pembiakan tanaman. Fokus kami pada minggu ini ialah tentang keratan batang atau pembiakan secara tampang. Tujuan pembiakan tanaman adalah untuk menambah jumlah jenis sesuatu tanaman itu disamping menjadi sumber makanan kepada manusia dan serta menghalang pupusnya  sejenis atau spesies tanaman tersebut.

Pembiakan tanamam terbahagi kepada dua iaitu seksual dan juga aseksual atau dikenali sebagai tampang dan vegetatif. Fokus cerita saya adalah pembiakan tampang iaitu pembiakan yang menggunakan bahagian pokok.Contohnya :  


  • Keratan batang mesti menggunakan ranting . 
  • Keratan daun keras iaitu pokok lidah mak mentua . 
  • Pandan pula menggunakan kaedah rumpun. dll

Kemudian kita fokus kepada keratan batang , contonya ranting mempunyai tiga kategori iaitu lembut,sederhana,dan keras. Dalam masa yang sama kita perlu memililih pokok yang segar . Kemudian sedikit info untuk pembaca , masa biak juga tidak boleh sesuka hati, masa biak yang terbaik adalah waktu pagi dan lewat petang .

Dalam proses pembiakan tanaman ini,terdapat 3 jenis penggalakan akar iaitu : 

  • penggalakan 1 untuk lembut, 
  • penggalakan 2 untuk sederhana 
  • penggalakan 3 untuk keratan batang jenis keras


Langkah-langkah untuk pembiakan tampang :

1) Sediakan polybag(berwarna hitam) yang hendak digunakan untuk pembiakan tampang. Dan lipat bahagian bawah supaya lebih stabil dan bahagian atas (lebih kurang 1inci) untuk memudahkan pengisian tanah dan menyukat tanah.





2) Selepas tanah dimasukkan ke dalam polybag ,pastikan tanah berada dalam keadaan padat supaya bila air disiram tanah tidak berlaku mendapan di bahagian bawah.



3)Buatkan lubang untuk memasukkan pokok dengan mudah dan tidak memberi tekanan yang kuat pada pokok. (Ini supaya penggalak akar tidak beralih atau tertanggal dari bahagian tanaman tampang)

4)Potongkan hujung batang yang telah diambil , supaya mudah untuk kita kenal yang mana                pangkalnya.




5)Celupkankan penggalak mengikut jenis batang. kemudian biarkan seketika , dan masukkan ke dalam lubang tanah yang telah dibuat pada polybag.




6)Siramkan air pada pokok yang telah ditanam dengan air yang secukupnya.



Harap maklumat ini mampu membantu semua pembaca. Sama-sama manfaatkan maklumat ini.


MINGGU KE 4

Minggu 4 (Penghasilan racun organik)
Bersyukur  kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya kumpulan Ladang Hijau Cikgu Kemahiran Hidup diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan anda semua.  Perkongsian ilmu pada minggu keempat adalah menghasilkan racun organik.


            Bahan-bahan  yang  perlu disediakan
ü  Bawang putih  (1 labu)
ü  Cili padi  (6 biji)
ü  Cecair pencuci pinggan  (1 sudu)
ü  Serbuk sabun  (1 sudu)
ü  Pengisar
ü  Air  (300ml)
            Kaedah penghasilan racun organik
1)    Cili padi dipotong @ dihiris halus. Kemudian dimasukan ke dalam pengisar
2)    Air dituangkan ke dalam pengisar.
3)    Bahan kisaran dimasukkan dalam bekas kaca untuk diperamkan selam 24 jam.
4)     Selepas selesai  diperam, bahan kisaran ditapis untuk mengambil  patinya.

PERHATIAN !!!
Jangan simpan racun ini dalam botol plastik kerana mengandungi bahan kimia

       
Pelajar sedang mengisar bahan-bahan
            













Selabu bawang putih dan 6 biji cili
            






            Cara penggunaan racun organik
a)     Campurkan pati racun (100 ml) dengan cecair pencuci pinggan @ serbuk sabun  (1 sudu) serta air (1.5 liter)
b)    Adunan tersebut dikacau sehingga sebati kemudian dimasukkan ke dalam  botol penyembur
c)     Sembur pada tanaman

Info Tambahan

serbuk sabun @ cecair pencuci pinggan digunakan kerana  mengandungi buih yang berfungsi sebagai bahan pelekat air pada daun. 

Monday, 23 October 2017

MiNGGU KE 3

Assalamualaikum,
Bersyukur  kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya kumpulan Ladang Hijau Cikgu Kemahiran Hidup berpeluang mempelajari kaedah menghasilkan baja organik daripada bahan semula jadi dan memindahkan hasil semaian  biji bernih ke atas batas. Hasil pembelajaran pada mingggu ketiga, kami sekumpulan berbesar hati untuk berkongsi ilmu yang diperolehi untuk kehidupan bersama.

1) PENGHASILAN BAJA ORGANIK
            Baja organik merupakan baja semula jadi yang terhasil daripada bahan-bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan. Antara baja organik yang dihasilkan termasuklah perut  dan kepala ikan, kulit telur, sayur- sayuran, serta buah-buahan. Bahan-bahan ini dijadikan baja organik kerana mempunyai kelebihan yang tersendiri.
  •         Perut dan kepala ikan - mengandungi asid
  •         Kulit telur - mengandungi kalsium, phosphorous
  •         Sayur-sayuran – mengandungi vitamin
  •       Buah – buahan 

     kulit pisang - mengandungi kalsium, phosphorous, potassium
     Jambu air dan mangga – mengandungi glukos dan vitamin
A)  BAJA ORGANIK  (PERUT DAN KEPALA IKAN)
Bahan-bahan yang perlu disediakan :
ü  Ikan
ü  Gula merah
ü  Balang
ü  Kain putih

Langkah-langkah penyediaan
1.     Perut dan kepala ikan dicincang sehingga hancur.
2.     Masukkan 1 senduk perut dan kepala ikan yang telah dicincang bersamaan 1 senduk gula merah ke dalam balang. Kemudian, alaskan kain putih  dibawah penutup balang.
3.     Balang tersebut diperam selama seminggu pada suhu bilik.
4.     Selepas 7 hari, bahan-bahan yang dikisar ditapis untuk membuang keladak.
5.     Masukkan pati ke dalam botol.




                       
B) BAJA ORGANIK  (KULIT TELUR)
            Bahan-bahan yang perlu disediakan :
ü  Kulit  telur
ü  Cuka
ü  Balang
ü  Kain putih
            Langkah-langkah penyediaan
1.     Hancurkan kulit telur dengan menggunakan tangan.
2.     Gongcangkan balang tersebut supaya kulit telur dan cuka sebati. Kemudian, alaskan kain putih  dibawah penutup balang.
3.     Balang tersebut diperam selama seminggu pada suhu bilik.
4.     Selepas 7 hari, batian ditapis untuk membuang keladak.
5.     Masukkan pati ke dalam botol.



           
  
C)  BAJA ORGANIK  (SAYUR-SAYURAN)
            Bahan-ahan yang perlu disediakan :
ü  Sayuran (ulam raja, kobis,sawi, salad, batang kangkung lain-lain sayur)
ü  Gula merah
ü  Air
ü  Pengisar
ü  Balang
ü  Kain putih

            Langkah-langkah penyediaan
1.     Potong  sayur-sayuran secara kecil-kecilan. Sayuran yang dipotong  tadi dicampurkan sedikit air untuk dikisar.
2.     Masukkan 1 senduk sayuran yang telah dikisar bersamaan 1 senduk gula merah ke dalam balang. Kemudian, alaskan kain putih  dibawah penutup balang.
3.     Balang tersebut diperam selama seminggu pada suhu bilik.
4.     Selepas 7 hari, kisaran sayur-sayuran ditapis untuk membuang keladak.
5.     Masukkan pati ke dalam botol.






           
          
D) BAJA ORGANIK  (BUAH-BUAHAN)
            Bahan –bahan yang perlu disediakan :
ü  Buahan (jambu air, kulit pisang, mangga, dan lain-lain buah)
ü  Gula merah
ü  Air
ü  pengisar
ü  Balang
ü  Kain putih
            Langkah-langkah penyediaan
1.     Potong buah-buahan secara kecil-kecilan. Buahan yang dipotong tadi dicampurkan sedikit air untuk dikisar.
2.     Masukkan 1 senduk buahan yang telah dikisar bersamaan 1 senduk gula merah ke dalam balang. Kemudian, alaskan kain putih  dibawah penutup balang.
3.     Balang tersebut diperam selama seminggu pada suhu bilik.           
4.     Selepas 7 hari, kisaran buah-buahan bahan yang dkisar ditapis untuk membuang keladak.    
5.     Masukkan pati ke dalam botol.         





Nota tambahan
            Kandungan gula merah
               1) Sumber tenaga utama dalam pengolahan gula.
               2) Mengandungi 25 % - 40% sukrosa, kandungan abu berkisar antara 8%-10% yang     terdiri dari k, Ca, CL dan garam sulfat.
            Kelebihan gula merah
               1) Mengandungi zat-zat yang mudah bertindakbalas dengan bahan yang diperam.
               2) Berfungsi sebagai makanan kepada bakteriadalam bahan peraman.
               3) Menghasilkan baja yang tahan lama.

                                                                                                                  
2) PERMINDAHAN ANAK BENIH KE ATAS BATAS
            Tip - tip  pemindahan anak benih

ü  Sediakan batas terlebih dahulu.
ü  Gempurkan tanah semula dengan menggunakan cangkul dan ratakan tanah.
ü  Cangkul sekeliling kotak batas bagi mengelakkan air bertakung.
ü  Buatkan lubang sedalam 1 inci.
ü  Sebelum proses pemindahan, anak benih disiram terlebih dahulu bagi  memastikan akarnya tidak terlerai apabila ditarik.
ü  Pemindahan anak benih ke batas sebaik-baiknya dilakukan pada awal pagi (6.00 pagi hingga 9.00 pagi) dan lewat petang (5.00 petang hingga 7.00 petang) supaya anak benih tidak layu.
ü  Anak benih ditanam secara memanjang mengikut jarak  5 inci antara satu sama lain  untuk mengelakkan persaingan akar anak benih.     

Nota tambahan
v  Sistem pengasingan – tumbuhan yang terbantut dibuang
v  Pasir – menjarakkan antara tumbuhan dengan anak benih
v  Lubang – jarak antara satu lubang dungan lubang yang lain untuk menanam anak benih paling minima adalah 2 inci.


3) SUNGKUPAN
             Sungkupan merupakan proses memasang plastik atau jaring hitam, pelepah yang kering di atas tanaman. Proses ini bertujuan untuk mengelakkan cahaya matahari daripada terus memancar anak benih di samping permukaan tanah tidak mudah panas. Jika tanaman telah berusia seminggu, sungkupan boleh ditanggalkan kerana anak benih mampu untuk berdikari.