Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH
Pada minggu ini kami ingin menceritan kaedah pembiakan tampang secara semulajadi. Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Fokus kami pada hari ini ialah kaedah pembiakan tampang secara semulajadi melalui beberapa cara iaitu melalui Batang Rayap, Bebawang, Rizom, dan juga Umbisi. Selain itu, kami juga turut didedahkan tentang penanaman secara rumpun. Contoh seperti Serai,Pandan dan lain-lain.
Batang Rayap :
- Batang rayap atau stolon adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan.
- Batang rayap adalah batang yang tumbuh menjalar atau mengufuk di permukaan tanah.
- Ia mempunyai buku dan ruas. Pada bukunya tumbuh tunas dan akar yang akan berkembang membentuk anak pokok yang baru. Akhirnya batang rayap ini akan hancur mereput dan meninggalkan anak pokok ini terasing daripada induknya.
Contoh; pegaga, strawberry, labu
PEGAGA
STRAWBERI
Umbisi :
- Umbisi terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan. Batangnya sentiasa berada di permukaan tanah. Daripada batang, dengan tumbuhlah daunnya.
- Umbisi yang baru tumbuh di atas umbisi yang lama dan tunas akan tumbuh di tepinya.
Contoh ; Kentang, Keledek, Keladi ,Sengkuang.
UBI KELEDEK
SENGKUANG
Bebawang
- Bebawang mempunyai batang yang pendek, biasanya batang itu dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan daun bernabu. Di celah-celah antara daun bernabu dan batang tumbuh tunas yang dikenali sebagai tunas aksil.
- Tunas aksil akan membentuk bebawang yang baru.
Contoh; bawang ,Spider lily, Pokok bunga tulip
BAWANG MERAH/BAWANG PUTIH/BAWANG BESAR
POKOK BUNGA TULIP
Rizom
- Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun.
Contoh; Kunyit, Halia, asparagus,teratai, Lengkuas, Kecur.
HALIA
KUNYIT
Untuk pembiakan tampang secara semulajadi, kita tidak memerlukan penggalak akar untuk mempercepatkan proses pembiakan akar. Ini kerana akar tersebut secara semulajadi telah mempunyai makanan untuk pembiakan akar.
Penanaman secara rumpun :
Contohnya seperti serai :
Langkah-langkah penanaman :
2. Potong bahagian tanaman untuk dijadikan sebagai induk bagi menghasilkan anak pokok yang baru dan tidak perlu celupkan mana-mana bahagian pada penggalak akar .
3.Tanam bahagian tanaman itu didalam pasu/bekas yang telah disi tanah seperti gambar dibawah. Bersesuaian dengan jenis tanaman, kita perlu menenggelamkan akar/sebahagian bahagian pokok tersebut ke dalam tanah.
Diharapkan banyak maklumat yang dapat kami kongsikan pada minggu ini . Semoga semua pembaca dapat memanfaatkan pembelajaran kita pada hari ini. Sebarang pertanyaan, boleh komen diruangan yang disediakan. Terima kasih kerana membaca.
Penanaman secara rumpun :
Contohnya seperti serai :
- Ianya adalah tanaman yang mudah tumbuh, tidak memerlukan penjagan yang rapi serta boleh ditanam dikebanyakkan jenis tanah kecuali di kawasan berpaya atau berair.
- Tumbuhan ini akan mengeluarkan rumpun daun yang banyak dan lebat daripada rizom yang padat.
- Ketinggian serai boleh mencapai sehingga 1.0 hingga 1.5 meter tinggi.
Langkah-langkah penanaman :
1. Ambil pasu/bekas/polibeg dan isikan tanah pada paras yang dikehendaki.
2. Potong bahagian tanaman untuk dijadikan sebagai induk bagi menghasilkan anak pokok yang baru dan tidak perlu celupkan mana-mana bahagian pada penggalak akar .
3.Tanam bahagian tanaman itu didalam pasu/bekas yang telah disi tanah seperti gambar dibawah. Bersesuaian dengan jenis tanaman, kita perlu menenggelamkan akar/sebahagian bahagian pokok tersebut ke dalam tanah.
4. Letakkan tanaman itu di kawasan rumah hijau dan siram air secukupnya.
Diharapkan banyak maklumat yang dapat kami kongsikan pada minggu ini . Semoga semua pembaca dapat memanfaatkan pembelajaran kita pada hari ini. Sebarang pertanyaan, boleh komen diruangan yang disediakan. Terima kasih kerana membaca.
terima kasih
ReplyDelete