Saturday, 6 January 2018

MINGGU KE 10


Minggu 10 : Pembiakan Tumbuhan Melalui Kaedah Tut
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.         

            Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya kumpulan Ladang Hijau Cikgu Kemahiran Hidup diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan anda semua. Perkongsian ilmu pada minggu kesepuluh ialah pembiakan tumbuhan menerusi kaedah Tut Atau Marcot. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan tut? Tut atau Pon Maecot merupakan satu proses untuk membiakkan pokok dengan cara membuang lapisan luar kulit dahan pokok. Namun begitu, tidak  semua pokok yang boleh dibiakan melalui Tut. Pokok batang berkayu sahaja yang boleh dibiakan menggunakan kaedah Tut. Proses ini mengambil masa 1-2 bulan untuk  akar bercambah. Kaedah Tut terdiri daripada dua jenis iaitu Tut Udara dan Tut Lentur. 

KELEBIHAN KAEDAH TUT
            Baka sesuatu pokok dapat dikekalkan 100% berbanding dengan semai biji benih. Selain itu pokok. cepat mengeluarkan hasil, senang dibiak dan juga mempunyai ciri-ciri seperti induk.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
a)     Alat pembalut dan tali pengikat
             i.   Pembalut yang sesuai ialah plastik putih (10cm x 15cm)
            ii.   Tali pengikat seperti tali guni, tali raffia atau dawai

b)    Alatan ( pisau cantuman dan sekatiur )

 c)    Ubat penggalar akar / hormon pengakaran

 d)    Media
             i.  Tanah campuran : sesuai dengan sifatnya yang senang melekat, dikepal dan boleh             menyimpan air. Nisbah yang sesuai ialah 2:1 yang mana 2 bahagian tanah peroi  dan 1 bahagian baja organik.
               
                ii.  Lain-lain media seperti jiffy 7, sabut dan vermiculite.
Image result for jiffy pellets
PROSEDUR MENGETUT


        1.  Penyediaan campuran   medium ( nisbah yang sesuai ialah 2 : 1 iaitu 2 bahagian kokopit 1                         bahagian sabut kelapa atau fitty pellet).


       2. Campuran medium dikepal  bersama sedikit air sehingga terbentuk bebola .

            3. Pilih ranting yang sesuai dan segar. Buangkan daun-daun dan ranting-ranting sebelah  bawah              ranting tersebut. 

     4. Buatkan kelaran keliling. Pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-                 kurangnya 3cm atau 1-1 ½  inci jauh dari kelaran pertama.
     5. Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikis hingga ke kayu (kambium) sehingga  kering
      6. Sapukan hormon pengakaran di sebelah bawah kelaran atas atau di bawah mata tunas.
       7. Letakkan campuran medium yang  dikepal di bahagian ranting yang telah dikikis tadi.                         Pastikan padat dan melekat dengan baik. 
       8. Ikat plastik di bahagian bawah kelaran kedua.

       9. Selepas 1-3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan bolehlah dipotong bahagian bawah dan             diubah ke dalam beg plastik.
Kesimpulan:
            Pembiakan pokok melalui  kaedah Tut dapat menghasilkan pokok yang seragam dan sama ciri-cirinya dengan pokok induk. Pembiakan secara Tut juga kadang-kadang lebih murah dan ekonomik jika dibandingkan dengan cara pembiakan biji benih. Selain itu, kaedah Tut dapat mengelakkan   pokok daripada  serangan  penyakit yang biasa menyerang pokok/anak benih.


No comments:

Post a Comment