Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH
Minggu 11 : Penyediaaan
Tapak Sempena Program Asas Perladangan
Terlebih
dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan keizinanNya kumpulan Ladang Hijau
Cikgu Kemahiran Hidup ditugaskan untuk membantu Unit Pertanian Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai dalam meyediakan tapak sempena Program Asas
Perladangan. Sehubungan dengan itu, semua pelajar tahun 1 yang mengambil
kursus Pengurusan dan Pembiakan Tanaman
diarahkan bergotong-royong bagi
membersihkan kawasan-kawasan yang dijadikan tapak Program Asas Perladangan.
Antara kawasan yang difokuskan ialah Landskap, Tempat Belajar, Rumah Hijau, dan
kawasan-kawasan persekitaran ladang.
Sebelum
kerja-kerja pembersihan kawasan dijalankan, kami diarahkan berkumpul dan untuk mendengar taklimat daripada pensyarah dan
tenaga pengajar mengenai Penyediaan Tapak. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan
mengikut kawasan-kawasan pembersihan yang ditetapkan. Setiap kumpulan dibekalkan
alatan pembersihan yang berbeza mengikut kesesuaian kerja-kerja yang dilakukan
di kawasan masing-masing. Tujuan pengagihan kumpulan dilakukan supaya aktiviti
gotong-royong Penyediaaan Tapak untuk Program Asas
Perladangan berjalan lancar mengikut tempoh yang ditetapkan.
Kumpulan 1 dan Kumpulan
2 dikehendaki untuk membersihkan kawasan
Landskap. Hal ini demikian kerana Landskap merupakan salah satu kawasan yang
berperanan untuk melaksanakan aktiviti atau latihan dalam kumpulan. Justeru,
ahli-ahli Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 perlu berganding bahu untuk menebas semak-
samun, memesin rumput, membuang batu-bata yang tidak diperlukan supaya kawasan Landskap kelihatan cantik dan selesa
untuk melakukan aktiviti dalam kumpulan.
Di
samping itu, Kumpulan 3 dipertanggungjwabkan untuk membersihkan Tempat Belajar yang
merupakan kawasan utama untuk Program
Asas Perladangan. Mereka dibekalkan Water Jack untuk membasuh kerusi, meja, dan lantai.
Kemudian , mereka perlu menyusun kerusi dengan sistematik dan mencukupi
mengikut bilangan peserta yang telah dimaklumkan. Tujuannya adalah untuk membekalkan
suasana yang selesa semasa Program Asas Perladangan berlangsung.
Kawasan-kawasan
sekitar ladang pula diamanahkan kepada Kumpulan 4 untuk dibersihkan. Sampah-sarap
yang ditemui dikumpulkan di tempat pelupusan sampah untuk dibakar. Longkang
yang tersumbat diselenggara supaya sistem pengairan longkang berjalan lancar.
Setelah
selesai pembersihan kawasan, kami bergerak ke kawasan batas tanaman untuk merumput
dan menyiram. Sesi penyediaaan tapak untuk Program
Asas Perladangan tamat pada jam 5
petang.