Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH
Pada minggu ke-12, kelas kami menganjurkan satu kursus asas pertanian. Sebanyak 30 orang peserta yang telah menyertai kursus ini. 30 orang peserta ini kebanyakkannya datangnya dari Pontian,Johor. Kursus asas pertanian ini , memberikan pendedahan kepada peserta tentang teknik terbaru dalam dunia pertanian yang lebih mudah untuk mereka melibatkan diri dalam dunia pertanian. Kami seramai 21 orang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan masing-masing di bawah pengawasan ketua kumpulan.
Setibanya semua peserta tiba ke tempat kursus, mereka disambut mesra oleh pihak kami. mereka tiba pada pukul 8.30 pagi.
Setelah itu para peserta membuat pendaftaran kursus bersama urusetia bagi menyemak nama dan kedatangan mereka .
Setelah membuat pendaftaran, para peserta bergerak ke tempat kursus kerana kursus akan dimulakan sebak sahaja selepas pendaftaran selesai.
- Majlis dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh pengerusi majlis
- Bacaan doa daripada saudara Hafiz.
- Seterusnya ucapan dari Dr.Husna dan Pn Salina.
Terdapat 2 sesi bgi kursus ini :
- Sesi Pertama : Baja Organik
- Sesi Kedua : Penanam secara Nutripod
Baja Organik
Nutripod
Selepas sesi penerangan selesai, peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdapat beberapa orang pelajar untuk membantu dan membuat demo bagi memudahkan peserta dan memberi peserta pengalaman untuk memguna cara yang ditunjukkan di rumah atau tempat lain.
Selepas sesi selesai, peserta diberi sijil penyertaan tanda terima kasih kerana sudi untuk menghadiri kursus ini.
Para peserta juga diberi makanan perantaraan setiap sesi dan jamuan tengahhari yang ringkas.
Majlis tamat pada jam 1 petang setelah selesai makan tengahari. Kami berterima kasih kepada semua yang hadir dan harap kursus ini mampu membantu semua peserta serta pembaca.
No comments:
Post a Comment