Minggu
13 : Sesi Pembentangan Model 3D Alat
Bantu Mengajar (ABM)
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam
sejahtera.
Terlebih
dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan keizinanNya kumpulan Ladang Hijau Cikgu Kemahiran Hidup diberi
kesempatan untuk membentangkan Alat Bantu Mengajar (ABM) bermodelkan 3D yang
kami hasilkan. Tujuan ABM dicipta adalah untuk menyelesaikan masalah sekiranya
tiada bahan mengajar. Alat Bantu Mengajar berfungsi untuk menjadi bahan
sokongan bagi membolehkan seseorang memahami sesuatu perkara dengan jelas. Kami
sekumpulan bersepakat untuk memilih tajuk
Cantuman Mata Tunas sebagai ABM. Hal ini demikian kerana Cantuman Mata
Tunas merupakan salah satu topik yang
perlu dikupas, dibincangkan, dibahaskan dalam dunia pertanian.
Antara topik yang dibincangkan :
- Pembiakan Keratan Batang
- Pembiakan Nutripot
- Pembiakan Cantuman Mata Tunas
- Pembiakan Biji Benih
- Pembiakan Keratan Daun
- Pembiakan Cantuman Sanding
- Pembiakan CantumanTut Udara
Pengenalan
- Cantuman Mata Tunas ialah proses di mana baka / induk (Mata Tunas) diambil dan dicantum dengan pokok penanti (selalunya anak benih)
Matlamat
- Mencantum mata tunas dengan pokok yang masih hidup dan ianya akan membesar menjadi seperti pokok baka.
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
- . Kayu Mata Tunas
- . Pokok Pennti
- . Kain
- . Pita Cantuman (30 cm x 1 cm)
- . Pisau cantuman yang tajam dan bersih
Langkah-Langkah Cantuman Mata Tunas
1. Pilihan
mata tunas yang subur
2. Buat kelaran
di sekeliling mata tunas yang ingin
diambil
3. Buang kulit
pada pokok penanti (saiz hendaklah sama kepingan mata tunas).
4. Lap getah
yang terkeluar dengan tisu atau kain yang bersih.
5. Cungkil
mata tanas dengan cermat (sebaiknya bahagian bawah tidak disentuh)
6. Pastikan
kepingan kulit tidak rosak
7. Mata tunas
yang telah berjaya di ambil (pastikan bahagian dalam mata tunas tidak tercemar / disentuh dengan tangan)
8. Letak pada ruang pokok penanti yang kulitnya
telah dibuang (saiz hendaklah sama besar)
9. Mata tunas
dibalut menggunakan plastik pembalut dengan kemas / padat
10. Hanya
tinggalkan mata tidak dibalut
11. Apabila mata tunas telah tumbuh dengan sempurna,
platik pembalut hendaklah dibuka
12. Mata yang
telah besar
Contoh cantuman yang berjaya
Alhamdulillah.......... alat bantu mengajar yang
dicipta oleh kumpulan Ladang Hijau Cikgu Kemahiran Hidup berjaya membuka mata
dan menarik perhatian audiens kerana memliki keunikan yang tersendiri. Tambahan
pula, input-input mengenai cantuman mata tunas yang disampaikan berpandukan rekaan
alat bantu mengajar membolehkan audiens menerima ilmu cantuman mata tunas
dengan jelas. Tegasnya, Alat bantu mengajar merupakan satu
medium yang mesti dicipta, diilhamkan
oleh mahasiswa/i terutamanya bakal-bakal guru Kemahiran Hidup bagi mempersiapkan
diri untuk mendidik para pelajar khusunya dalam subjek Pertanian.
Penanaman semula benih jagung dilakukan setelah
selesai sesi pembentangan Alat Bantu Mengajar (ABM). Hal ini demikian
kerana bijih benih yang telah ditanam pada tempoh
hari musnah akibat serangan daripada
burung, semut dan masalah-masalah lain. Sebelum memulakan penanaman semula
bijih benih jagung, kami dibekalkan racun semut untuk mengelakkan batas daripada
serangan makhluk perosak. Langkah ini dilakukan kerana makhluk perosak
terutamanya sukakan bijih benih jagung (manis semulajadi) Kami mengambil inisiatif baru dengan membuat
jadual penyiraman jagung. Satu hari seramai 3 orang pelajar yang akan pergi ke
ladang untuk menyiram tanamam jagung tersebut. Ini bagi memastikan tanaman
jagung mendapat sumber air yang mencukupi untuk tumbuh dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment