Pada post kali ini, blog ini akan memerangkakn berkaitan cantuman baji. Pembiakan jenis ini adalah daripada pembiakan tumbuhan vergetatif. Secara ringkasnya, pembiakan cantuman baji ini berasal dari perkataan baji yang membawa maksud mata pahat. Dengan kata mudah, cantuman baji ini memerlukan batang tumbuhan baka. Batang tumbuhan ini yang akan dijadikan seperti mata pahat seperti gambar dibawah.
Antara ciri pokok yang boleh dibuat cantuman baji ialah :
- Tunas pokok terpilih yang diperolehi, yang dipercayai mengeluarkan hasil yang baik . Ini diukur mengikut induk pokok asal.
- Proses permatangan pokok yang cepat diperolehi, pokok akan cepat berbunga atau berbuah walaupun saiz pokok masih kecil dan muda.
Cantuman baji ini mestilah dibuat dengan pokok yang sama jenis tetapi berlainan variasi.
Antara bahan yang digunakan untuk membuat kaedah ini:
- Parafilm
- Plastik jernih tali
- pisau
Langkah-langkah yang diperlukan dalam membuat cantuman baji ini adalah seperti berikut:
1.Sediakan dahan/batang pokok yang baik sebagai pokok pendatang dan cari dahan bagi memjadikan pokok penanti.
Setelah itu, buat bentuk baji pada batang pokok baka dan juga pada pokok penanti ( seperti gambar dibawah)
2. Kemudaian cantumkan kedua-dua bahagian seperti berikut
3.Lilit cantuman dengan menggunakan Parafilm(boleh digantikan dengan pembalut makanan) pada keliling batang.
4. Sarungkan cantuman tersebut menggunakan plastik
Setelah siap, tunggu selama seminggu. Perhatikan pada daun. Sekiranya daun berwarna hijau dan permukaan plastik terdapat wap, maka cantuman berjaya. Jika daun berwarna kuning, cantuman gagal.
No comments:
Post a Comment