Saturday, 6 January 2018

MINGGU KE 15

Assalamualaikum  dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH

Minggu ke 15 adalah minggu terakhir kelas pembiakan dan pengurusan ladang, pelajar diminta untuk 
melakukan pembersihan pada kawasan batas dan kawasan ladang. 

Tempat Pembersihan :
Bahagian batas 
  • dibersihkan dengan membuang bendasing  
  • kayu yang tidak digunakan pada batas 
  • merumpai pada kawasan batas
Penyimpanan Stor
  • menyimpan semua peralatan
  • mengemas dan menyusun alatan
  • membersihkan alatan
  • menyapu serta membersih kawasan stor
Bahagian sekitar pejabat dan bahagian kelas pelajar.
  • kerusi dan meja disusun
  • disapu agar kelihatan bersih
  • hadapan pejabat dikosongkan

Setelah siap kerja pembersihan. Semua pelajar diminta memeriksa cantuman baji yang telah dibuat pada 
minggu 14. Cantuman yang berjaya dibiarkan dan yang tidak berjaya dibersihkan dengan membuka dan 
membuang plastik dan paraflim yang telah diigunakan.
Sekian, terima kasih.

MINGGU KE 14

 Assalamualaikum  dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH


Pada post kali ini, blog ini akan memerangkakn berkaitan cantuman baji. Pembiakan jenis ini adalah daripada pembiakan tumbuhan vergetatif. Secara ringkasnya, pembiakan cantuman baji ini berasal dari perkataan baji yang membawa maksud mata pahat. Dengan kata mudah, cantuman baji ini memerlukan batang tumbuhan baka. Batang tumbuhan ini yang akan dijadikan seperti mata pahat seperti gambar dibawah.  


Antara ciri pokok yang boleh dibuat cantuman baji ialah :
  • Tunas pokok terpilih yang diperolehi, yang dipercayai mengeluarkan hasil yang baik . Ini diukur mengikut induk pokok asal. 
  • Proses permatangan pokok yang cepat diperolehi, pokok akan cepat berbunga atau berbuah walaupun saiz pokok masih kecil dan muda. 


Cantuman baji ini mestilah dibuat dengan pokok yang sama jenis tetapi berlainan variasi.  

Antara bahan yang digunakan untuk membuat kaedah ini: 
  • Parafilm
  • Plastik jernih tali
  • pisau

Langkah-langkah yang diperlukan dalam membuat cantuman baji ini adalah seperti berikut:
  
1.Sediakan dahan/batang pokok yang baik sebagai pokok pendatang dan cari dahan bagi        memjadikan pokok penanti. 

Setelah itu, buat bentuk baji pada batang pokok baka dan juga pada pokok penanti ( seperti gambar dibawah)  
 


2. Kemudaian cantumkan kedua-dua bahagian seperti berikut 

3.Lilit cantuman dengan menggunakan Parafilm(boleh digantikan dengan pembalut                 makanan) pada keliling batang. 

4. Sarungkan cantuman tersebut menggunakan plastik   



Setelah siap, tunggu selama seminggu. Perhatikan pada daun. Sekiranya daun berwarna hijau dan permukaan plastik terdapat wap, maka cantuman berjaya. Jika daun berwarna kuning, cantuman gagal.

MINGGU KE 13


Minggu 13 : Sesi Pembentangan Model 3D  Alat Bantu Mengajar (ABM)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.      
   

            Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya kumpulan Ladang Hijau Cikgu Kemahiran Hidup diberi kesempatan untuk membentangkan Alat Bantu Mengajar (ABM) bermodelkan 3D yang kami hasilkan. Tujuan ABM dicipta adalah untuk menyelesaikan masalah sekiranya tiada bahan mengajar. Alat Bantu Mengajar berfungsi untuk menjadi bahan sokongan bagi membolehkan seseorang memahami sesuatu perkara dengan jelas. Kami sekumpulan bersepakat untuk memilih tajuk  Cantuman Mata Tunas sebagai ABM. Hal ini demikian kerana Cantuman Mata Tunas merupakan salah satu topik yang  perlu dikupas, dibincangkan, dibahaskan dalam dunia pertanian.

Antara topik yang dibincangkan :
  1. Pembiakan Keratan Batang
  2. Pembiakan Nutripot
  3. Pembiakan Cantuman Mata Tunas
  4. Pembiakan Biji Benih
  5. Pembiakan Keratan Daun
  6. Pembiakan Cantuman Sanding
  7. Pembiakan CantumanTut Udara
Pengenalan
  •       Cantuman Mata Tunas ialah proses di mana baka / induk (Mata Tunas) diambil dan dicantum dengan pokok penanti (selalunya anak benih)

Matlamat
  •      Mencantum mata tunas dengan pokok yang masih hidup dan ianya akan membesar menjadi seperti pokok baka.


Bahan-bahan yang perlu disediakan:
  • .     Kayu Mata Tunas
  • .     Pokok Pennti
  • .     Kain
  • .     Pita Cantuman (30 cm x 1 cm)
  • .     Pisau cantuman yang tajam dan bersih

Langkah-Langkah Cantuman Mata Tunas

1.  Pilihan mata tunas yang subur
2.  Buat kelaran di sekeliling mata tunas  yang ingin diambil
3.  Buang kulit pada pokok penanti (saiz hendaklah sama kepingan mata tunas).
4.  Lap getah yang terkeluar dengan tisu atau kain yang bersih.
5.  Cungkil mata tanas dengan cermat (sebaiknya bahagian bawah tidak disentuh)
6.  Pastikan kepingan kulit tidak rosak
7.  Mata tunas yang telah berjaya di ambil (pastikan bahagian dalam mata tunas tidak tercemar /               disentuh dengan tangan)
8. Letak pada ruang pokok penanti yang kulitnya telah dibuang (saiz hendaklah sama besar)
9.  Mata tunas dibalut menggunakan plastik pembalut dengan kemas / padat 
10.  Hanya tinggalkan mata tidak dibalut
11. Apabila mata tunas telah tumbuh dengan sempurna, platik pembalut hendaklah  dibuka
12.  Mata yang telah besar

Contoh cantuman yang berjaya

Alhamdulillah.......... alat bantu mengajar yang dicipta oleh kumpulan Ladang Hijau Cikgu Kemahiran Hidup berjaya membuka mata dan menarik perhatian audiens kerana memliki keunikan yang tersendiri. Tambahan pula, input-input mengenai cantuman mata tunas yang disampaikan berpandukan rekaan alat bantu mengajar membolehkan audiens menerima ilmu cantuman mata tunas dengan jelas. Tegasnya, Alat bantu mengajar merupakan satu medium  yang mesti dicipta, diilhamkan oleh mahasiswa/i terutamanya bakal-bakal guru Kemahiran Hidup bagi mempersiapkan diri untuk mendidik para pelajar khusunya dalam subjek Pertanian. 


Penanaman semula benih jagung dilakukan setelah selesai sesi pembentangan Alat Bantu Mengajar (ABM). Hal ini demikian kerana   bijih benih yang telah ditanam pada tempoh hari  musnah akibat serangan daripada burung, semut dan masalah-masalah lain. Sebelum memulakan penanaman semula bijih benih jagung, kami  dibekalkan  racun semut untuk mengelakkan batas daripada serangan makhluk perosak. Langkah ini dilakukan kerana makhluk perosak terutamanya sukakan bijih benih jagung (manis semulajadi)  Kami mengambil inisiatif baru dengan membuat jadual penyiraman jagung. Satu hari seramai 3 orang pelajar yang akan pergi ke ladang untuk menyiram tanamam jagung tersebut. Ini bagi memastikan tanaman jagung mendapat sumber air yang mencukupi untuk tumbuh dengan sempurna.

MINGGU KE 12

 Assalamualaikum  dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH

Pada minggu ke-12, kelas kami menganjurkan satu kursus asas pertanian. Sebanyak 30 orang peserta yang telah menyertai kursus ini. 30 orang peserta ini kebanyakkannya datangnya dari Pontian,Johor. Kursus asas pertanian ini , memberikan pendedahan kepada peserta tentang teknik terbaru dalam dunia pertanian yang lebih mudah untuk mereka melibatkan diri dalam dunia pertanian. Kami seramai 21 orang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan masing-masing di bawah pengawasan ketua kumpulan.

 Setibanya semua peserta tiba ke tempat kursus, mereka disambut mesra oleh pihak kami. mereka tiba pada pukul 8.30 pagi.

Setelah itu para peserta membuat pendaftaran kursus bersama urusetia bagi menyemak nama dan kedatangan mereka .


Setelah membuat pendaftaran, para peserta bergerak ke tempat kursus kerana kursus akan dimulakan sebak sahaja selepas pendaftaran selesai.

  • Majlis dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh pengerusi majlis
  • Bacaan doa daripada saudara Hafiz.
  • Seterusnya ucapan dari Dr.Husna dan Pn Salina.





Terdapat 2 sesi bgi kursus ini :
  • Sesi Pertama : Baja Organik
  • Sesi Kedua    : Penanam secara Nutripod
Baja Organik

Nutripod

Selepas sesi penerangan selesai, peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdapat beberapa orang pelajar untuk membantu dan membuat demo bagi memudahkan peserta dan memberi peserta pengalaman untuk memguna cara yang ditunjukkan di rumah atau tempat lain.




Selepas sesi selesai, peserta diberi sijil penyertaan tanda terima kasih kerana sudi untuk menghadiri kursus ini.



Para peserta juga diberi makanan perantaraan setiap sesi dan jamuan tengahhari yang ringkas.


Majlis tamat pada jam 1 petang setelah selesai makan tengahari. Kami berterima kasih kepada semua yang hadir dan harap kursus ini mampu membantu semua peserta serta pembaca.

MINGGU KE 11

 Assalamualaikum  dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH

Minggu 11 : Penyediaaan Tapak Sempena Program Asas Perladangan
       
            Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya kumpulan Ladang Hijau Cikgu Kemahiran Hidup ditugaskan untuk membantu Unit Pertanian Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam meyediakan tapak sempena Program Asas Perladangan. Sehubungan dengan itu, semua pelajar tahun 1 yang mengambil kursus  Pengurusan dan Pembiakan Tanaman diarahkan  bergotong-royong bagi membersihkan kawasan-kawasan yang dijadikan tapak Program Asas Perladangan. Antara kawasan yang difokuskan ialah Landskap, Tempat Belajar, Rumah Hijau, dan kawasan-kawasan persekitaran ladang.

            Sebelum kerja-kerja pembersihan kawasan dijalankan, kami diarahkan berkumpul dan  untuk mendengar taklimat daripada pensyarah dan tenaga pengajar mengenai Penyediaan Tapak. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan mengikut kawasan-kawasan pembersihan yang ditetapkan. Setiap kumpulan dibekalkan alatan pembersihan yang berbeza mengikut kesesuaian kerja-kerja yang dilakukan di kawasan masing-masing. Tujuan pengagihan kumpulan dilakukan supaya aktiviti gotong-royong Penyediaaan Tapak untuk Program Asas Perladangan berjalan lancar mengikut tempoh yang ditetapkan.

            Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 dikehendaki untuk membersihkan  kawasan Landskap. Hal ini demikian kerana Landskap merupakan salah satu kawasan yang berperanan untuk melaksanakan aktiviti atau latihan dalam kumpulan. Justeru, ahli-ahli Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 perlu berganding bahu untuk menebas semak- samun, memesin rumput, membuang batu-bata yang tidak diperlukan supaya  kawasan Landskap kelihatan cantik dan selesa untuk melakukan aktiviti dalam kumpulan.
            Di samping itu, Kumpulan 3 dipertanggungjwabkan untuk membersihkan Tempat  Belajar yang  merupakan kawasan utama untuk  Program Asas Perladangan. Mereka dibekalkan Water Jack  untuk membasuh kerusi, meja, dan lantai. Kemudian , mereka perlu menyusun kerusi dengan sistematik dan mencukupi mengikut bilangan peserta yang telah dimaklumkan. Tujuannya adalah untuk membekalkan suasana yang selesa semasa Program Asas Perladangan berlangsung.

            Kawasan-kawasan sekitar ladang pula diamanahkan kepada Kumpulan 4 untuk dibersihkan. Sampah-sarap yang ditemui dikumpulkan di tempat pelupusan sampah untuk dibakar. Longkang yang tersumbat diselenggara supaya sistem pengairan longkang berjalan lancar.

            Setelah selesai pembersihan kawasan, kami bergerak ke kawasan batas tanaman untuk merumput dan menyiram. Sesi penyediaaan tapak untuk Program Asas Perladangan tamat pada jam 5 petang. 

MINGGU KE 10


Minggu 10 : Pembiakan Tumbuhan Melalui Kaedah Tut
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.         

            Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya kumpulan Ladang Hijau Cikgu Kemahiran Hidup diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan anda semua. Perkongsian ilmu pada minggu kesepuluh ialah pembiakan tumbuhan menerusi kaedah Tut Atau Marcot. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan tut? Tut atau Pon Maecot merupakan satu proses untuk membiakkan pokok dengan cara membuang lapisan luar kulit dahan pokok. Namun begitu, tidak  semua pokok yang boleh dibiakan melalui Tut. Pokok batang berkayu sahaja yang boleh dibiakan menggunakan kaedah Tut. Proses ini mengambil masa 1-2 bulan untuk  akar bercambah. Kaedah Tut terdiri daripada dua jenis iaitu Tut Udara dan Tut Lentur. 

KELEBIHAN KAEDAH TUT
            Baka sesuatu pokok dapat dikekalkan 100% berbanding dengan semai biji benih. Selain itu pokok. cepat mengeluarkan hasil, senang dibiak dan juga mempunyai ciri-ciri seperti induk.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
a)     Alat pembalut dan tali pengikat
             i.   Pembalut yang sesuai ialah plastik putih (10cm x 15cm)
            ii.   Tali pengikat seperti tali guni, tali raffia atau dawai

b)    Alatan ( pisau cantuman dan sekatiur )

 c)    Ubat penggalar akar / hormon pengakaran

 d)    Media
             i.  Tanah campuran : sesuai dengan sifatnya yang senang melekat, dikepal dan boleh             menyimpan air. Nisbah yang sesuai ialah 2:1 yang mana 2 bahagian tanah peroi  dan 1 bahagian baja organik.
               
                ii.  Lain-lain media seperti jiffy 7, sabut dan vermiculite.
Image result for jiffy pellets
PROSEDUR MENGETUT


        1.  Penyediaan campuran   medium ( nisbah yang sesuai ialah 2 : 1 iaitu 2 bahagian kokopit 1                         bahagian sabut kelapa atau fitty pellet).


       2. Campuran medium dikepal  bersama sedikit air sehingga terbentuk bebola .

            3. Pilih ranting yang sesuai dan segar. Buangkan daun-daun dan ranting-ranting sebelah  bawah              ranting tersebut. 

     4. Buatkan kelaran keliling. Pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-                 kurangnya 3cm atau 1-1 ½  inci jauh dari kelaran pertama.
     5. Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikis hingga ke kayu (kambium) sehingga  kering
      6. Sapukan hormon pengakaran di sebelah bawah kelaran atas atau di bawah mata tunas.
       7. Letakkan campuran medium yang  dikepal di bahagian ranting yang telah dikikis tadi.                         Pastikan padat dan melekat dengan baik. 
       8. Ikat plastik di bahagian bawah kelaran kedua.

       9. Selepas 1-3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan bolehlah dipotong bahagian bawah dan             diubah ke dalam beg plastik.
Kesimpulan:
            Pembiakan pokok melalui  kaedah Tut dapat menghasilkan pokok yang seragam dan sama ciri-cirinya dengan pokok induk. Pembiakan secara Tut juga kadang-kadang lebih murah dan ekonomik jika dibandingkan dengan cara pembiakan biji benih. Selain itu, kaedah Tut dapat mengelakkan   pokok daripada  serangan  penyakit yang biasa menyerang pokok/anak benih.


Sunday, 12 November 2017

MINGGU KE 9

 Assalamualaikum  dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ladang Hijau Cikgu KH


 Pada minggu ini kami  ingin menceritan kaedah pembiakan tampang secara semulajadi.  Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Fokus kami pada hari ini ialah kaedah pembiakan tampang secara semulajadi melalui beberapa cara iaitu melalui Batang Rayap, Bebawang, Rizom, dan juga Umbisi. Selain itu, kami juga turut didedahkan tentang penanaman secara rumpun. Contoh seperti Serai,Pandan dan lain-lain.

Batang Rayap :
  • Batang rayap atau stolon adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan.
  • Batang rayap adalah batang yang tumbuh menjalar atau mengufuk di permukaan tanah.
  • Ia mempunyai buku dan ruas. Pada bukunya tumbuh tunas dan akar yang akan berkembang membentuk anak pokok yang baru. Akhirnya batang rayap ini akan hancur mereput dan meninggalkan anak pokok ini terasing daripada induknya. 


     Contoh; pegaga, strawberry, labu

Image result for pegaga

PEGAGA

Image result for STRAWBERY

STRAWBERI


Umbisi :
  • Umbisi terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan. Batangnya sentiasa berada di permukaan tanah. Daripada batang, dengan tumbuhlah daunnya.
  • Umbisi yang baru tumbuh di atas umbisi yang lama dan tunas akan tumbuh di tepinya.


      Contoh ; Kentang, Keledek, Keladi ,Sengkuang.

Image result for UBI KELEDEK

UBI KELEDEK

Image result for sengkuang

SENGKUANG


Bebawang
  • Bebawang mempunyai batang yang pendek, biasanya batang itu dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan daun bernabu. Di celah-celah antara daun bernabu dan batang tumbuh tunas yang dikenali sebagai tunas aksil.
  • Tunas aksil akan membentuk bebawang yang baru.


       Contoh; bawang ,Spider lily, Pokok bunga tulip


BAWANG MERAH/BAWANG PUTIH/BAWANG BESAR

Image result for pokok bunga tulip

POKOK BUNGA TULIP

Rizom
  • Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun.


     Contoh; Kunyit, Halia, asparagus,teratai, Lengkuas, Kecur.

Image result for halia

HALIA

Image result for kunyit

KUNYIT


Untuk pembiakan tampang secara semulajadi, kita tidak memerlukan penggalak akar untuk mempercepatkan proses pembiakan akar. Ini kerana akar tersebut secara semulajadi telah mempunyai makanan untuk pembiakan akar.

Penanaman secara rumpun :

Contohnya seperti serai :


Image result for serai

  • Ianya adalah tanaman yang mudah tumbuh, tidak memerlukan penjagan yang rapi serta boleh ditanam dikebanyakkan jenis tanah kecuali di kawasan berpaya atau berair. 
  • Tumbuhan ini akan mengeluarkan rumpun daun yang banyak dan lebat daripada rizom yang padat. 
  • Ketinggian serai boleh mencapai sehingga 1.0 hingga 1.5 meter tinggi.


Langkah-langkah penanaman :


1. Ambil pasu/bekas/polibeg dan isikan tanah pada paras yang dikehendaki.


Image result for pasu plastik



2. Potong bahagian tanaman untuk dijadikan sebagai induk bagi menghasilkan anak pokok yang baru dan tidak perlu celupkan mana-mana bahagian  pada penggalak akar .


         


3.Tanam bahagian tanaman itu didalam pasu/bekas yang telah disi tanah seperti gambar dibawah. Bersesuaian dengan jenis tanaman, kita perlu menenggelamkan akar/sebahagian bahagian pokok tersebut ke dalam tanah. 



4. Letakkan tanaman itu di kawasan rumah hijau dan siram air secukupnya.




Diharapkan banyak maklumat yang dapat kami kongsikan pada minggu ini . Semoga semua pembaca dapat memanfaatkan pembelajaran kita pada hari ini. Sebarang  pertanyaan, boleh komen diruangan yang disediakan. Terima kasih kerana membaca.